Powered by Blogger.

Friday, November 19, 2010

tamatlah pra sekolah 2010

salam semua...hari ini lastday sekolah untuk tahun 2010. sekejap je masa ni berlalu, mama rasa mcm baru je pergi orientasi untuk pra sekolah irvan, tup...tup... nk orientasi darjah 1 plak.

Alhamdulillah... syukur sangat irvan sudah pun melalui fasa pra sekolah bersama seorang cikgu yg bg saya sangat terbaik kerana mendidik irvan yg mula masuk ke PRA hanya kenal ABC-Z dan dalam masa 6 bulan irvan dah boleh membaca,mengira dan menulis dengan baik.bg mama yg pernah menjadi cikgu tadika, itu mmg cukup mencabar.

tanpa cikgu raihanie (cikgu rai) mungkin irvan tidak sebaik ini dan banyak juga perubahan dari segi sikap dan tanggungjawab irvan.

pada mula irvan agak hyperaktif sehingga mama dipanggil untuk menyelesaikan masalah ini. akhirnya memang ada perubahan yg ketara dimana irvan telah menjadi cool dan nakal sikit2 tu biasa la.

banyak kenangan juga bersama arwah papa, mengharungi perjalanan irvan pergi,balik sekolah. mungkin irvan tidak pandai untuk meluahkan tapi memang terasa pemergiannya. terima kasih yg tak terhingga pd arwah papa kerana byk berkorban masa untuk menjemput irvan dr sekolah,melayan kerenah irvan... jasa mu akan ku kenang sampai mati. mari kita sedekah Al-FATIHAH pd arwah papa(MOHD NOOR B. OSMAN) moga rohnya dicucuri rahmat.(berjujuran air mata...mmg susah utk melupakan pengorbanan arwah.)

irvan juga yg banyak berusaha membaiki diri sendiri cuma dia suka sangat termenung dan kadang mama tanya jugak nape dia suka termenung. tapi jawapannya takde ape2...hurm...

lastly terima kasih banyak pada cikgu rai dan warga pra SKSBU kerana mendidik dan bersabar dengan pelbagai kerenah irvan dan halalkanlah setiap ilmu yg cikgu ajarkan,moga irvan diberkati selalu.

Thursday, November 18, 2010

hari sakit sekeluarga

salam semua... nak story skit la kan, dh lama jugak tak hapdet blog ni. tenggelam timbul kan? maaf la ye atas kelewatan menghapdet. (mcm ko pemes je kan)

sebenarnya, mama and family tak sihat. mula2 irvan demam,lepas tu qiesya,lepas itu en.anep dan last mama lah. demam bukan setakat panas je tau, pakej dgn sakit2 badan dan sendi. en.anep paling trok la, sampai tak boleh bangun. ingat raya aidiladha ni nak balik melaka, tp terpaksa cancel.

kesian kat mak mertua, nasib adik ipar available leh tlg hantar kan. now mil kat kampung la tu.nenek pon mesti tertunggu-tunggu kan? cian nenek...

mama ingat nak cuti sebab tak larat, tp apakan daya.... cuti tinggal 2hari jek, MC tinggal sehari... sila kagum ek...hahaha... serius tahun ni mmg banyak kali tak sihat dan arwah papa plak meninggal tu byk cuti.

so larat , tak larat... melepak la kau kat opis ye. en.anep takpe dia mc byk lagi... so doc bg dia mc seminggu terus, doc cakap mmg musim demam dan ini dipanggil virus perubahan cuaca, yg tak tahu sila prihatin ye.

ok last jg diri anda, minum air banyak2 untuk elak dari pelbagai virus ni.

Thursday, November 11, 2010

pre school graduation day

hari yg ditunggu-tunggu pon dah selesai semalam. mmg teruja tau, new experience for us, melalui hari graduation ni. memang hari tu mcm real je tau. eh,paham ke apa mama nk cerita ni... tak paham? oklah sekolah irvan baru je lepas buat graduation day so mmg mcm real la sekolah arrangekan, dgn muzik bagai, tp sayang.......................mama lupa nk amek video... adoi...budus!

lepas ni, mama harus bersedia untuk menghadapi orientasi plak pd 26/11/2010. bukan senang anak nk masuk darjah 1 ni, mmg sgt sibuk, lagi mcm mama, cuti tinggal nyawa-nyawa ikan je ni. lagi nk cari baju uniform dan banyak lagi la. sape yg anak dia dah lalui fasa ni dia tahu mcm mana payahnya, so sapa yg belum tu... sila la get ready fizikal,mental serta DUIT...huhuhuu...

layan gamba jom...












muaaach...sayang kamu...

nuffnang

walaupon mama jarang-jarang update blog sekarang ni, tapi nuffnang tetap masukkan iklan... thanks ye nuffnang.

see iklan baru lagi... olay... i like....

mama akan sedaya upaya update selalu.

pindah rumah

last week yg cuti deepavali tu, mama n family pakat nk pindah time tu. mmg pnat weiii... pindah randah nie. tp berkeras jugak la pindah. brg kecik2 dah settle tinggal barang besar jek. smua barang dr umah mak la. mama cuma bwk baju kerja saje.

3 hari berturut ulang alik ke ampang pick up barang2 kecik. nasib mama ada 2 hero yg sgt2 boleh diharap, iaitu hero hati ku en.anep , yg ke 2 my abang la. mama mmg xleh harap langsung la...hahahha... keji kutuk diri sendiri. yelah anak i kan kecik lagi, so asyik nk bergantung jek.huhuhu... eh betul la, qiesy mcm baby tau, berenggang jek nangis tau.

meh tgk pic rumah dan anak2 buat pesta air pancut plak, yg diketuai oleh...........
tgk sendiri la...











best...

ha lari semua...

see... ketua dorang, mmm...

our little helper

kecik ni pon boleh tahan


next entry irvan convo day... tungggu...

Thursday, November 4, 2010

adik beradik





tadi mama baru call nenek tnya khabar kat umah... means anak2 dan keadaan nenek la... trus nenek ckp.....................................................

mak/nenek : anak ko ni nakal betul la... tak tahan mak...

mama: nape mak?

mak/nenek : apa irvan buat semua dia ikut (itu menunjuk pd qiesya) mak marah dia,dia marah mak balik,yg abg pon sama... nakal jugak... mak tak tahu la mcm mane...(mak dh pening)huhuhu

mama: mak rotan je irvan tu ( mama mmg tegas skit, perangai melampau siap kau!) yg adik normal la, mane tahu fikir baik salah. apa abg ajar dia follow jek. dlm hati siap kau,aku balik nnti...huhuhu

mak/nenek : ntah la... tido tak nak, main, melompat, menjerit ( itu dia qiesya)


okeh klu nak tahu, budak2 ni klu dgn mama, terutama papa dia la mmg takde harapan nak perangai mcm ni, mmg kene klu dorang buat perangai. kadang mama mmg geram dgn irvan, sebab dia dh paham dh besar tapi dia tetap tak boleh berdikari. mgkin terlampau di manjakan.

irvan ni seorang manusia yg sangat tak konfiden dgn apa yg dia buat ( ada tips tak utk bg anak konfiden... sila share ) terutama bab belajar, dia tahu jawapan tapi dia takut nak tulis, ha... klu jd mcm ni siap la ko aku tempikkk... geram tau. kadang dah fed up, mama soh en.anep take over ajar anak dia, mula irvan menggelupur buat muka kesian... klu papa dia take over... mmg belajar dgn air mata jek...hahahha... (kejam pnye mama)

klu bab bergurau... ha... mmg hebat adik beradik ni, sampai kan bila dh terlampau tu , keluar la pedang sakti mama ( hanger) hahaha... mencicit adik beradik lari.

apa yg mama nmpak sekarang, klu anak sulung boy, anak no.2 girl mmg kompom perangai ganas dan hyper. klu no.1 girl, no.2 boy nampak baik skit la. itu dr pemerhatian mama la...

apa pendapat korang...???


lastly mari layan gamba 2 org budak nakal...



hero...hmmm mmg hero sangat!


konon ayu... cuba tgk live...pompuan ganaz ni.

Wednesday, November 3, 2010

"SHOW YOUR TEETH BABY!" CONTEST 2010!


sila klik pada link dibawah ini untuk turut serta








- Nama penuh bayi/kanak-kanak : QIESYA ISHIQA BT MOHD HANIF
- D.O.B dan umur : 03 OGOS 2008, 2TAHUN 3BULAN
- Hobby bayi/kanak-kanak tersebut : SUKA BERCAKAP DAN MENGIKUT APA ABANG BUAT.
- Berapa batang gigi yang dah ada sekarang : GIGI ATAS DAN BAWAH PENUH, KECUALI GERAHAM.

terjumpa...



mama buka folder gambar, cari gambar untuk masuk contest... tapi terjumpa gamba ni plak
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
**
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
**
*
*
*
*
*
*

RINDU SANGAT!!!
*
*
*
**
*
*
*
*


kat papa...moga roh mu dicucuri rahmat dan tenang di sana....


AL-FATIHAH

note: kamu yang terbaik...

Tuesday, November 2, 2010

standard 1



dah lama mama tak bercerita pasal anak2 kan? meh kita cerita pasal anak bujang yg tak lama lagi nk masuk standard 1.

kejap saja masa berlalu, mama rasa baru je cerita pasal irvan nak masuk pra sekolah kat entry ni

tak tipu tau , mama excited nak tengok irvan masuk sekolah rendah, Alhamdulillah irvan dapat sambung sekolah rendah di sekolah kebangsaan seri bintang utara (SKSBU). bukan senang nak masuk sekolah ni, sebab sekolah ni tersenarai dalam sekolah bistari. so irvan kene blaja rajin2 agar tidak ditendang keluar...hahaha...

mama dah prepare sikit2 dah untuk hari orientasi, ini ada kerisauan melanda... sebab time orientasi ni irvan akan ada test untuk penentuan kelas. oh sangat risau tau... sebab tak nak lah irvan dok kelas belakang2. so hopefully irvan buat la bebetul tau. mama amek part jugak, bagi dia hari2 buat exersice. biar dia menangis sekarang dr mama yg menangis kemudian hari...huhuhu

en.anep jgn cakap la, dia tu mcm singa lapar tau, memang dgn anak dia tegas gilerrrrr... ada masa dia akan buat anak mcm kawan kadang mcm lawan. irvan the only 1 my hero, so haruslah dia belajar bersungguh2 agar adik pulak akan mengikut.

so my hero, bersedialah untuk menghadapi 1 episod baru dalam hidup... awak dah big boy tau... tak boleh dah nak ngada2 ni... rotan sampai nanti...hahaha...


see... dah besarkan?



sibuk sangat nak rambut pacak

Monday, November 1, 2010

H.I.J.R.A.H

Insyaallah kami bakal berhijrah ke rumah baru, bukan rumah beli pon sewa aje. ini untuk keselasaan emak dan pengorbanan utk mak. sebab apa mama pon ikut berpindah, takkan mama nak biarkan mak hidup sorang-sorang kan? tak sampai hati lah mama nak buat mcm tu? rumah ni enviroment baru moga mak semakin tenang dan selesa dgn keadaan baru ni. rumah ni pulak berjiran dengan makcik dan cousin , ok la kan mak taklah sunyi pasni.

lagi pon mak dah ckp, mak tak boleh berpisah dengan budak nonet tu(qiesya) so pd awal planning mama nak anta qiesya ke taska di opis ni. tp bila mak ckp tak boleh berpisah dgn qiesya tu yg fikir byk kali... dah lah dia baru kehilangan org yg amat di cintai, ini pulak mama nk pisahkan pengarang jantung dia. oh... rasa mcm mama menyeksa jiwa dan perasaan mak.

Alhamdulillah... en.anep amat memahami...thanks sgt2 pd en.anep n family in law (terutama mak mertua) sebab bg sokongan dan memahami keadaan keluarga mama.

keadaan mak sekarang? emak nampak tenang tp dia masih lg dalam keadaan trauma dan keliru, mama kene paham dengan apa yg mak alami tak sama mcm mama lalui... apa yg mama lalui sampai je rumah, arwah dah memang tak ada. tapi mak lalui dan mengadap sendirian masa arwah pergi dan malam sebelum tu arwah sihat dan berborak mcm biasa,tp esok paginya dia bangun pagi muntah dan terus meninggal dunia... itukan situasi yg sgt berbeza.

kita tak lalui apa yg mak dah lalui so kita bleh cakap apa yg kita suka. cuba selami hati dan perasaan seorang emak,isteri barulah kita paham apa yg mak dah lalui...

panjang pulak berceloteh ni...

oh 1 more mama masih jugak tinggal dirumah mama, setiap weekend kami akan baliklah... Moga hijrah kami diberkati dan dirahmati oleh Allah swt...amin. to kawan2 dan sedara mara thanks sebab menyokong mama...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Quote

Quote

Quote