hari-hari mama menghitung hari nak balik penang, tak tau kenapa teruja sgt... mungkin dah lama tak balik penang, lebih kurang 1thn tak balik, lama kan? bkn tak nak balik, tapi family mama semua ada di KL, penang tu cuma ada adik beradik tokwan dan nenek mama. tapi nenek mama yg betul tinggal di kulim,kedah, jarang balik penang jumpa dia, sbb mama dari kecil memang rapat dengan adik kepada atok mama, mama panggil dia tokchik.
kalau balik raya mesti tidur rumah tokchik, tokchik ade 3 org anak iaitu pakchaq en ade 3org anak a.rizal, kak nani now di new zealand, diana ni ada di KL, pakman, ada 2 org anak khairul dan ellisya dan cik mina pun ada 3 org anak kak zah, a.ayen, a.apis, yg semuanya mama rapat, memang balik kampung je tidur rumah dia. tokchik da mcm nenek mama pulak. tokchik adik bongsu atok mama, tp atok mama da lama meninggal dunia. mama betul-betul respect atok mama sebab masa ada hayat dia, sanggup hidup sorang-sorang lepas berpisah dgn nenek, dah lama dorang ni berpisah, sebab tu mama tak rapat dengan nenek betul. tokwan ada ajak dia duduk KL dulu tp dia tak nak. org tua susah kalau hidup dia dah sebati dgn dunia dan tempat lahir dia.
kali ni balik penang dgn
abang dan family, tp abang mama nak bawak family dia pg langkawi, mama nak lepak sepuas hati dekat penang. maybe cousin mama pun ikut sekali tp dia akan ke kedah dulu lepas tu jumpa di penang.
ok la penat taip ni... mama cerita next entry...