Powered by Blogger.

Tuesday, November 30, 2010

happy sunday

tiba-tiba dah cerita hari ahad kan? apalah trus skip, sabtu mama ada weds tp biasa2 jek, weds kwn mil. sepatutnya mama ada weds di negeri sembilan, tp tak dapat la pergi, sbb petang sabtu uncle mama nikah.


okeh cerita nikah pon mama skip, terus ke cerita hari ahad... hari langsung uncle mama hari ahad tp ni side perempuan di pandan lake club, kira mama menghantar la. mama pg side perempuan sebab next week ade weds kat kampung en.anep yg ini cousin dia, so wajib pergi okeh. cian opismate mama kawen tak dapat pergi. takde rezeki lah, bulan dec ni mmg ramai org kawen sampai la penghujung bln dec.




lepas pg weds uncle mama, en.anep plan nak bwk jalan2,fikir punya fikir, die cakap nk pergi jalan-jalan starhill... mama okeh je...jalan-jalankan... sape yg tak suke. so mama balik umah tukar baju laju2...

sampai je, park dekat bbplaza. then kte org jalan kaki konon mcm tourist la, yg masa tu depan sg.wang ada mcm2 event, masa mama pg tu even RED CARNIVAL for Aids , sape lalu2 die lekatkan riben merah for support la. selalu berjalan dlm sg.wang je, dapat jalan2 keluar rs teruja plak. best2... kte org jalan dari sg.wang sampai la ke pavi then patah balik dan lepak kat arabian place. harga minum cekik darah better lepak kat starbucks klu tahu air kat situ mahal. gerai mcm haram tak cantik mcm warung biasa je tp charge air mahal giler...nak kata sedap biasa.

capoeira at starhill

celebrity fitness lot10

cantik kat luar celebrity fitness ni

<3 u...

uncle goldman n silverman

at pavilion

pose terbaik

orientasi tahun 1 2011

helo semua... sihat ka? kalau sihat Alhamdulillah... tak sihat pergi klinik amek mc tau...huhuhu

lambat update sebab semalam bz sgt! hehehe... okeh meh nak start cerita pasal orientasi irvan hari jumaat hari tu. jumaat 7.30am mama dah sampai sekolah irvan, mama ingat mama paling awal,rupanya ada lg awal. cek nama irvan dia duduk kelas mana, dia dapat kelas 1 bestari, tapi ini kelas sementara je. sebab masa orientasi ada exam penentuan kelas, 1 januari iaitu time buka sekolah,barulah tahu dia dduk kelas mana. sekolah irvan buat orientasi awal untuk memudahkan parents nak merancang holiday, so tu pentadbiran sekolah buat awal. dan menyenangkan jugak pd kami.

masa irvan buat exam, mama dengar taklimat dan isi borang, mama akan cerita psl borang ni next entry ye kalau mama ingat ye. ada subjek yg ada tambahan masa. so irvan kompom tak balik awal maybe balik dlm pukul 1.30pm atau lebih. masuk sekolah irvan memang lain 7.20am pintu dah ttup. so kene dtg awal sebelum 7.20am. sekolah ni mmg straight skit, sebab sekolah terbaik dlm k.l tgk entry ini

pagi-pagi sampai sekolah takde pergi main-main dulu,( mcm zaman sekolah mama dulu letak beg trus cari kawan nak main) sampai je terus duduk di laman bestari kena kuarkan buku bacaan. bahasa arab matapelajaran wajib, mama tak tahu la kalau sekolah lain sama ke tidak.

apalah agaknya result yg irvan dapat ek, moga dia dapat kelas yg baik. irvan buku teks semua dapat baru, sebab tahun depan silibus baru,saiz-saiz buku pon lebih nipis dan mempunyai jilid bagi menyenangkan murid. mama dah siap-siap beli buku irvan total dlm rm70++ la.not bad kan? belum yuran dan lain2 lagi...

jom tgk budak macho pergi sekolah>>>












Thursday, November 25, 2010

exam orientation

salam semua... moga sihat dan diberkati Allah s.w.t hendaknya. esok mama akan bercuti utk bersiap sedia orientasi darjah 1 irvan. orientasi ni ada exam untuk penentuan kelas kalau mama tak silap la.

orientasi akan bermula pada 8.00 pagi hingga 12 tengahari. sampai sekolah SKSBU ada pendaftaran dan disusuli dengan program suaikenal pelajar dan guru. selepas itu ujian diognastik untuk murid, semasa ujian dijalankan parents dengar taklimat.

mama pulak yg berdebar-debar untuk esok . irvan setiap malam mama bg dia buat latihan. hope irvan dapat lalui ujian dengan tenang. memang risau sgt sbb ini 1st time mama lalui.

dear irvan sayang... mama doakan agar irvan dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan berhati-hati. jangan banyak termenung tau. mama dan papa always sokong irvan , dont worry syg.


GOOD LUCK IRVAN!!!

Tuesday, November 23, 2010

ikan siakap sweet sour





hari sabtu mama pg carefour so nampaklah ikan siakap, sil ckp ikan tu fresh tu yg mama beli. ikan ni mama masak hari ahad ada menu lain sup sayur tp biasa je sup sayur tu, ceh... konon ikan sweet sour ni lain dr yg lain ke?... sama la jugak. cuma mama jarang masak ikan siakap.hehehe




resepi yg sgt simple, jom try...

bahan-bahan:

A

ikan siakap dibersihkan dan di goreng hingga garing.

B
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih dicincang
1/2 inci halia diracik
mix vege
cili boh
sos tiram
sos cili
sos tomato
(sos diatas secukup rasa ye)
sebiji tomato
bunga kubis
garam, gula, serbuk perasa, secukup rasa.

cara-cara masak:

panaskan minyak tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga naik bau kemudian masukkan cili boh ikut kesesuaian pedas masing2. bila cili boh dah garing masukkan kesemua sos dan sedikit air. akhir masukkan buah tomato dan mix vege. tuangkan sos diatas ikan siakap... sedia dihidang.







Monday, November 22, 2010

mom in law bday part 2



okeh sambung lg.... pas dah celebrate tak ade apa2 pon just duduk melepak abiskan masa then petang pg carefour cari brg dapur. dah settle lepak makan kat area jalan peel itu je aktiviti weekend kami. ahad acara membuta secara marathon.huhuhu...

jom sambung layan picas...


the cucu pon tumpang jugak teringin...


budak yg tak dapat sambut bday... insyaallah syg will make it for u.


nenek and the cucu...sabar akan tambah lg ;)

mak with kak long (nadiah khalid) nama sil sama dgn i tau.

dearie hubby with mak.

very the manja pakcu ly (hadly fadly)... bujang and available...


lastly me with qiesya ishiqa...hei why without nenek ni...kejam tau.


pic menyelerekan...nyum2...

hepi birthday mom in law

hello2... sihat ka? kita start story psl birthday mil pd hari sabtu lepas. plan nak buat hari ahad, nk surprised kan lah... tp tak jadi plak. tukar ke sabtu siang. kak long dah call mak ckp tak payah masak coz nak bli kfc. mil cuma tahu nak bli kfc je yg lain dia tak tahu.

so en.anep dah pesan kat adik dia nnti sampai, suruh mak yg buka pintu, sebab nk surprised kan mak. kiteorg g bli kek kat SR(choc chip walnat) hebat sedap...hehehe...

sampai umah mil, projek di tangga, acara psg lilin dan nak terjah umah mil. 1st nak suruh irvan carry kek, tp sbb berat tak jd, nanti dpt tgk je kek kat lantai...huhuhu...

bg salam then nyanyi bday song... hehehe terkejut jugak la muka mil... nmpk dia hepi.

hepy bday mak yg ke 55... moga mak murah rezeki dan di berkati Allah s.w.t amin...


thanx dik SR...gile susah nk tulis.

ok done...


kat tangga pon jadi

bersusah payah


lilin time


suke irvan

nak sampai umah dah.

jeng...jeng...jeng...

hepi bday mak!

2 budak penyebok.


sambung next entry...

Friday, November 19, 2010

tamatlah pra sekolah 2010

salam semua...hari ini lastday sekolah untuk tahun 2010. sekejap je masa ni berlalu, mama rasa mcm baru je pergi orientasi untuk pra sekolah irvan, tup...tup... nk orientasi darjah 1 plak.

Alhamdulillah... syukur sangat irvan sudah pun melalui fasa pra sekolah bersama seorang cikgu yg bg saya sangat terbaik kerana mendidik irvan yg mula masuk ke PRA hanya kenal ABC-Z dan dalam masa 6 bulan irvan dah boleh membaca,mengira dan menulis dengan baik.bg mama yg pernah menjadi cikgu tadika, itu mmg cukup mencabar.

tanpa cikgu raihanie (cikgu rai) mungkin irvan tidak sebaik ini dan banyak juga perubahan dari segi sikap dan tanggungjawab irvan.

pada mula irvan agak hyperaktif sehingga mama dipanggil untuk menyelesaikan masalah ini. akhirnya memang ada perubahan yg ketara dimana irvan telah menjadi cool dan nakal sikit2 tu biasa la.

banyak kenangan juga bersama arwah papa, mengharungi perjalanan irvan pergi,balik sekolah. mungkin irvan tidak pandai untuk meluahkan tapi memang terasa pemergiannya. terima kasih yg tak terhingga pd arwah papa kerana byk berkorban masa untuk menjemput irvan dr sekolah,melayan kerenah irvan... jasa mu akan ku kenang sampai mati. mari kita sedekah Al-FATIHAH pd arwah papa(MOHD NOOR B. OSMAN) moga rohnya dicucuri rahmat.(berjujuran air mata...mmg susah utk melupakan pengorbanan arwah.)

irvan juga yg banyak berusaha membaiki diri sendiri cuma dia suka sangat termenung dan kadang mama tanya jugak nape dia suka termenung. tapi jawapannya takde ape2...hurm...

lastly terima kasih banyak pada cikgu rai dan warga pra SKSBU kerana mendidik dan bersabar dengan pelbagai kerenah irvan dan halalkanlah setiap ilmu yg cikgu ajarkan,moga irvan diberkati selalu.

Thursday, November 18, 2010

hari sakit sekeluarga

salam semua... nak story skit la kan, dh lama jugak tak hapdet blog ni. tenggelam timbul kan? maaf la ye atas kelewatan menghapdet. (mcm ko pemes je kan)

sebenarnya, mama and family tak sihat. mula2 irvan demam,lepas tu qiesya,lepas itu en.anep dan last mama lah. demam bukan setakat panas je tau, pakej dgn sakit2 badan dan sendi. en.anep paling trok la, sampai tak boleh bangun. ingat raya aidiladha ni nak balik melaka, tp terpaksa cancel.

kesian kat mak mertua, nasib adik ipar available leh tlg hantar kan. now mil kat kampung la tu.nenek pon mesti tertunggu-tunggu kan? cian nenek...

mama ingat nak cuti sebab tak larat, tp apakan daya.... cuti tinggal 2hari jek, MC tinggal sehari... sila kagum ek...hahaha... serius tahun ni mmg banyak kali tak sihat dan arwah papa plak meninggal tu byk cuti.

so larat , tak larat... melepak la kau kat opis ye. en.anep takpe dia mc byk lagi... so doc bg dia mc seminggu terus, doc cakap mmg musim demam dan ini dipanggil virus perubahan cuaca, yg tak tahu sila prihatin ye.

ok last jg diri anda, minum air banyak2 untuk elak dari pelbagai virus ni.

Thursday, November 11, 2010

pre school graduation day

hari yg ditunggu-tunggu pon dah selesai semalam. mmg teruja tau, new experience for us, melalui hari graduation ni. memang hari tu mcm real je tau. eh,paham ke apa mama nk cerita ni... tak paham? oklah sekolah irvan baru je lepas buat graduation day so mmg mcm real la sekolah arrangekan, dgn muzik bagai, tp sayang.......................mama lupa nk amek video... adoi...budus!

lepas ni, mama harus bersedia untuk menghadapi orientasi plak pd 26/11/2010. bukan senang anak nk masuk darjah 1 ni, mmg sgt sibuk, lagi mcm mama, cuti tinggal nyawa-nyawa ikan je ni. lagi nk cari baju uniform dan banyak lagi la. sape yg anak dia dah lalui fasa ni dia tahu mcm mana payahnya, so sapa yg belum tu... sila la get ready fizikal,mental serta DUIT...huhuhuu...

layan gamba jom...












muaaach...sayang kamu...

nuffnang

walaupon mama jarang-jarang update blog sekarang ni, tapi nuffnang tetap masukkan iklan... thanks ye nuffnang.

see iklan baru lagi... olay... i like....

mama akan sedaya upaya update selalu.

pindah rumah

last week yg cuti deepavali tu, mama n family pakat nk pindah time tu. mmg pnat weiii... pindah randah nie. tp berkeras jugak la pindah. brg kecik2 dah settle tinggal barang besar jek. smua barang dr umah mak la. mama cuma bwk baju kerja saje.

3 hari berturut ulang alik ke ampang pick up barang2 kecik. nasib mama ada 2 hero yg sgt2 boleh diharap, iaitu hero hati ku en.anep , yg ke 2 my abang la. mama mmg xleh harap langsung la...hahahha... keji kutuk diri sendiri. yelah anak i kan kecik lagi, so asyik nk bergantung jek.huhuhu... eh betul la, qiesy mcm baby tau, berenggang jek nangis tau.

meh tgk pic rumah dan anak2 buat pesta air pancut plak, yg diketuai oleh...........
tgk sendiri la...











best...

ha lari semua...

see... ketua dorang, mmm...

our little helper

kecik ni pon boleh tahan


next entry irvan convo day... tungggu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Quote

Quote

Quote