salam semua...hari ini lastday sekolah untuk tahun 2010. sekejap je masa ni berlalu, mama rasa mcm baru je pergi orientasi untuk pra sekolah irvan, tup...tup... nk orientasi darjah 1 plak.
Alhamdulillah... syukur sangat irvan sudah pun melalui fasa pra sekolah bersama seorang cikgu yg bg saya sangat terbaik kerana mendidik irvan yg mula masuk ke PRA hanya kenal ABC-Z dan dalam masa 6 bulan irvan dah boleh membaca,mengira dan menulis dengan baik.bg mama yg pernah menjadi cikgu tadika, itu mmg cukup mencabar.
tanpa cikgu raihanie (cikgu rai) mungkin irvan tidak sebaik ini dan banyak juga perubahan dari segi sikap dan tanggungjawab irvan.
pada mula irvan agak hyperaktif sehingga mama dipanggil untuk menyelesaikan masalah ini. akhirnya memang ada perubahan yg ketara dimana irvan telah menjadi cool dan nakal sikit2 tu biasa la.
banyak kenangan juga bersama arwah papa, mengharungi perjalanan irvan pergi,balik sekolah. mungkin irvan tidak pandai untuk meluahkan tapi memang terasa pemergiannya. terima kasih yg tak terhingga pd arwah papa kerana byk berkorban masa untuk menjemput irvan dr sekolah,melayan kerenah irvan... jasa mu akan ku kenang sampai mati. mari kita sedekah Al-FATIHAH pd arwah papa(MOHD NOOR B. OSMAN) moga rohnya dicucuri rahmat.(berjujuran air mata...mmg susah utk melupakan pengorbanan arwah.)
irvan juga yg banyak berusaha membaiki diri sendiri cuma dia suka sangat termenung dan kadang mama tanya jugak nape dia suka termenung. tapi jawapannya takde ape2...hurm...
lastly terima kasih banyak pada cikgu rai dan warga pra SKSBU kerana mendidik dan bersabar dengan pelbagai kerenah irvan dan halalkanlah setiap ilmu yg cikgu ajarkan,moga irvan diberkati selalu.
Thank you Mr. Hubby..!! ;D
12 years ago
No comments:
Post a Comment